BM Microteaching


REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikropengajaran  saya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid.

Selain itu,saya mendapati beberapa orang murid-murid di dalam kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Mereka tidak memberi kerjasama dan tidak mendengar arahan saya.Mereka juga tidak melakukan aktiviti yang diajar oleh guru. Dalam pada itu, saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sifat  kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran pembelajaran.

KEKUATAN
Kelebihan saya dan kekuatan dapat dikesan dengan kaedah penyampaian saya yang berkesan. Murid-murid suka membuat senaman, mereka berasa aktiviti yang dilakukan sangat menarik. Misalnya pada waktu awal pagi perlu lebih banyakkan aktiviti seperti ini dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P.                  
Saya juga menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak mata. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap arahan guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Murid akan lebih tertumpu kepada arahan saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Dalam pengajaran ini, saya dapat mengurus masa dengan baik. Saya telah menggunakan lima minit untuk membuat set induksi seperti yang telah dirancangkan dalam RPH saya sebelum saya memasuki tajuk  pada hari ini iaitu “ Badan Sihat,Otak Cergas”.

3.3       LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan mikropengajaran, penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh saya ialah pemantauan dan penilaian kelas. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P&P berjalan.
            Selain itu, guru kena memastikan semua murid ada mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti dengan betul. Guru boleh menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan penglibatan mereka secara menyeluruh seperti melakukan aktiviti secara berkumpulan.