Rancangan Pengajaran Harian BM

Tarikh: 20.10.2011
Masa: 9.45am -10.15am
Kelas: 1A
Tema: Rajin Berusaha
Tajuk: Kebun Sayur Datuk
Fokus Utama:
Standard kandungan:
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu
      arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Standard Pembelajaran:
1.3.3 Mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons
         secara gerak laku yang betul.

Fokus Sampingan
Standard kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
      mengikut konteks.
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui
      nyanyian secara didik hibur.


Standard Pembelajaran:
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul
         mengikut konteks.
4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui
         nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.


Objektif:
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i   menyampaikan pesanan datuk yang dibaca oleh guru.
ii  memberi respons terhadap pesanan secara gerak laku.
iii Membaca frasa dengan betul.
iv memadankan ayat dengan gambar.

Pengisian Kurikulum:
 I ) Ilmu: Kemahiran Hidup, Muzik
II) Nilai: Kerjasama
III) KBT: Kontekstual, Interpersonal
Sistem Bahasa: Kata Kerja, Kosa Kata
Media: Lirik lagu, petikan dialog, gambar ICT, lembaran kerja
EMK: Keusahawanan




Set Induksi ( 5 minit )
Menyanyi Lagu


1. Murid membaca seni kata lagu.
2. Murid menyanyi mengikut rentak seni kata  lagu “ Pak Ali Ada   
    Kebun” dengan bimbingan guru.
3. Murid menyanyikan lagu ‘Pak Ali Ada Kebun’ sambil bertepuk
    tangan .  



Langkah 1(5 minit)


1. Murid buka buku teks.
2. Guru membaca pesanan datuk.
3. Guru minta murid menamakan aktiviti dalam pesanan datuk.
4. Murid memerhati gambar yang ditunjukkan dalam ICT.
5. Murid menyatakan aktiviti yang dilakukan berdasarkan gambar.
6. Murid-murid membaca frasa-frasa.






Langkah 2(8 minit)


1. Guru melakukan simulasi secara gerak laku mengikut pesanan.
2. Murid mengikut guru melakukan simulasi secara gerak laku.
3. Guru meminta murid keluar untuk melakukan simulasi.
4. Murid-murid lain meneka.


Langkah 3( 10 minit)
1. Guru menyedarkan lembaran kerja.
2. Murid memadankan ayat dengan gambar.
3. Cikgu berbincang jawapan dengan murid.


Penutup (2 minit)
1. Murid-murid membaca  frasa-frasa sambil  melakukan simulasi.